About Me

My photo
Sebagai umat Islam berpegang lah kita kepada ajaran Al-Quran..Buat yg disuruh dan tinggal yg dilarang...

Friday, March 18, 2011

Aktiviti Hari Pertama Berekreasi

Salam kepada rakan2 sekalian...

Bersambung lagi coretan pengalaman berekreasi pada hari pertama...setelah sampai di tapak perkhemahan kami di arahkan melaporkan diri kepada En. Firdaus iaitu salah seorang penyarah fakulti sains sukan memandangkan En. Hisyam ada aktiviti bersama pelajar lain. Kami telah diberikan taklimat berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan...Selepas itu bermula lah aktiviti pertama kami iaitu mendirikan khemah...Sebanyak 4 buah khemah telah didirikan untuk kami berteduh di waktu siang dan malam...Selepas itu kami telah dirahkan untuk berkumpul di khemah pusat bersama2 dengan pelajar2 digree untuk mendengar taklimat berkenaan dengan kayak dan amali cara penggunaannya...Selepas itu kami diarahkan untuk melaporkan diri dengan seorang lagi pensyarah, nama dah lupa daaa...berkumpul di hadapan tasik dan diminta untuk menggunakan jaket kecemasan...Pelbagai soalan bermain di fikiran apakan aktiviti yg akan dilakukan!!!!!! kami dirahkan untuk turun ke dalam air yg dalam nya sy pun x tau....Aktiviti yg dimaksudkan ialah "water confident". Kami diarahkan supaya bergerak sedikit demi sedikit ke tengah tasik..Mula2 rasa takut dan cemas. Maklumlah sy ni x pandai berenang. Nasiblah ada jaket keselamatan..Rupa2nya tujuan di adakan aktiviti "water confident" ini adalah untuk memberi dan meningkatkan tahap keyakinan kepada diri kita apabila berada di dalam air dengan adanya jaket keselamatan tersebut. X akan tenggelam punya lah...Semakin lama berada di dalam air tersebut semakin seronok rasanya..mana tak nya siap blh baring lg..hahaha..hilang rasa ketakutan dan rasa sejuk air tasik tersebut...berenang jauh2 pun x kisah...
Setelah hampir 1 jam berada di dalam air selesai sudah aktiviti "water confident" kami diminta untuk menukar  pakaian dan diminta berkumpul semula di tepi tasik tersebut. Sekali lg pelbagai soalan bermain difikiran apakah aktiviti seterusnya!!!!!!samb....

Wednesday, February 23, 2011

Hari Pertama Perkhemahan di Tasik Chendroh

Salam kepada rakan2 sekalian,

Bersambung lg coretan perkhemahan di Tasik Chendroh...Pada 01hb Februari 2011 kira2 pukul 0800 pg, kami berkumpul di dua lokasi yg ditetapkan iaitu di Cyberjaya dan Shah Alam..Sy bersama cik Maznan,cik Irzuan dan cik Azroie menaiki sebuah kereta berkumpul di Cyberjaya manakala cik Syed bersama cik Fayadh dan cik Nurul menaiki sebuah kereta berkumpul di Shah Alam...Seorg lg iaitu cik Yanto menaiki kereta sendiri bersama isteri dan anak dr Putrajaya..Tepat pukul 0900 pg, kami telah bertolak ke destinasi iaitu menuju ke Tasik Chendroh. Sy difahamkan perjalanan ke sana mengambil masa kira2 4 jam iaitu siap mkn, rehat, buang air dan tido bg rakan2 yg menumpang....pemandu x blh tido ye...hihhiii...Alhamdulillah kira2 jam 0100 ptg kami semua telah sampai Lenggong, Perak iaitu di jeti Tanjung Harapan Tasik Chendroh...Sebenarnya x sampai lg  ke tempat perkhemahan....kena menaiki boat utk menuju ke tapak perkhemahan yg terletak dihadapan jeti kira2 5 minit perjalanan ..Fuhhh...melihat keadaan sekeliling di Tasik Chendroh rasanya tidak sabar hendak melakukan aktiviti2 di kawasan tersebut...samb...

Tuesday, February 22, 2011

Persiapan Perkhemahan Tahunan E-Pjj

Salam kepada rakan2 sekalian ...

Sedikit coretan menceritan pengalaman sepanjang mengikuti Perkhemahan Tahunan (Rekreasi Luar) E-pjj di Tasik Chendroh, Lenggong Perak 1-4 Februari 2011.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana sy bersama rakan2 e-pjj yg lain iaitu seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada (7) lelaki dan (1) perempuan selamat mengikuti perkhemahan tahunan (rekreasi luar) e-pjj yg diadakan pada 1-4 Februari 2011 yang lepas...Menceritakan tentang seminggu sebelum tarikh perkhemahan bermula..Perbincangan telah dibuat bagi memilih ahli jawatankuasa dan pembahagian tugas yang perlu dibuat oleh kami. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan aktiviti perkhemahan ini...Kertas kerja perlu disiapkan dengan cepat dan perlu dihantar kepada pihak Ined bagi memohon kelulusan aktiviti dan juga peruntukan bagi mengikuti perkhemahan ini memandangkan tarikh perkhemahan tinggal beberapa hari lagi...Pihak Ined memaklumkan mesyuarat akan diadakan pada hari khamis 27 Januari 2011 bagi membincangkan kertas kerja yg telah kami buat...Pada sebelah petangnya sy telah menghubungi pihak Ined bagi bertanyakan tentang kelulusan permohonan perkhemahan tersebut dan Alhamdulillah permohonan kami bagi mengikuti perkhemahan ini telah diluluskan dan juga sedikit peruntukan berjumlah RM800 telah diluluskan..Pada 30hb Januari 2011 sy bersama cik maznan siput sedut dan cik yanto telah pergi ke Alamanda Putrajaya bagi membeli makanan dan minuman utk dibawa bagi mengikuti perkhemahan itu nanti..Dan pada keesokan harinya 31hb Januari 2011 sy bersama cik maznan telah pergi ke semula ke UITM utk berurusan dengan pihak pengangkutan bagi mendapatkan sebuah van bagi membawa kami ke Perak dan malangnya semua pengangkutan telah penuh digunakan...Dengan perasaan yg sedih cik maznan terus menyepi seketika dan terus memandu keretanya menuju ke Restaurant Bara bagi menikmati sarapan pagi sambil2 mencari idea seterusnya...!!!!!! Idea pun sampai dan perbincangan telah dibuat dan semua kami telah bersetuju untuk menggunakan pengangkutan sendiri iaitu menggunakan kereta sy sendiri dan cik syed dengan bayaran sebanyak RM200 sebuah kereta utk mengisi minyak dan juga bayaran tol sepanjang perjalanan keTasik Chenderoh, Lenggong, Perak pada keesokan harinya....

Saturday, January 8, 2011

outdoor recreation

salam.
buat pertama kalinya aku melayari blogspot sendiri...