About Me

My photo
Sebagai umat Islam berpegang lah kita kepada ajaran Al-Quran..Buat yg disuruh dan tinggal yg dilarang...

Tuesday, February 22, 2011

Persiapan Perkhemahan Tahunan E-Pjj

Salam kepada rakan2 sekalian ...

Sedikit coretan menceritan pengalaman sepanjang mengikuti Perkhemahan Tahunan (Rekreasi Luar) E-pjj di Tasik Chendroh, Lenggong Perak 1-4 Februari 2011.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana sy bersama rakan2 e-pjj yg lain iaitu seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada (7) lelaki dan (1) perempuan selamat mengikuti perkhemahan tahunan (rekreasi luar) e-pjj yg diadakan pada 1-4 Februari 2011 yang lepas...Menceritakan tentang seminggu sebelum tarikh perkhemahan bermula..Perbincangan telah dibuat bagi memilih ahli jawatankuasa dan pembahagian tugas yang perlu dibuat oleh kami. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan aktiviti perkhemahan ini...Kertas kerja perlu disiapkan dengan cepat dan perlu dihantar kepada pihak Ined bagi memohon kelulusan aktiviti dan juga peruntukan bagi mengikuti perkhemahan ini memandangkan tarikh perkhemahan tinggal beberapa hari lagi...Pihak Ined memaklumkan mesyuarat akan diadakan pada hari khamis 27 Januari 2011 bagi membincangkan kertas kerja yg telah kami buat...Pada sebelah petangnya sy telah menghubungi pihak Ined bagi bertanyakan tentang kelulusan permohonan perkhemahan tersebut dan Alhamdulillah permohonan kami bagi mengikuti perkhemahan ini telah diluluskan dan juga sedikit peruntukan berjumlah RM800 telah diluluskan..Pada 30hb Januari 2011 sy bersama cik maznan siput sedut dan cik yanto telah pergi ke Alamanda Putrajaya bagi membeli makanan dan minuman utk dibawa bagi mengikuti perkhemahan itu nanti..Dan pada keesokan harinya 31hb Januari 2011 sy bersama cik maznan telah pergi ke semula ke UITM utk berurusan dengan pihak pengangkutan bagi mendapatkan sebuah van bagi membawa kami ke Perak dan malangnya semua pengangkutan telah penuh digunakan...Dengan perasaan yg sedih cik maznan terus menyepi seketika dan terus memandu keretanya menuju ke Restaurant Bara bagi menikmati sarapan pagi sambil2 mencari idea seterusnya...!!!!!! Idea pun sampai dan perbincangan telah dibuat dan semua kami telah bersetuju untuk menggunakan pengangkutan sendiri iaitu menggunakan kereta sy sendiri dan cik syed dengan bayaran sebanyak RM200 sebuah kereta utk mengisi minyak dan juga bayaran tol sepanjang perjalanan keTasik Chenderoh, Lenggong, Perak pada keesokan harinya....

No comments:

Post a Comment